This was ordered by an old colleague of mine .. tahniah atas pertunangan adiknya Hizan & Linda. Semoga majlis perkahwinannya berlangsung dengan mudah dan meriah :-)
Sunday, October 27, 2013
Monday, October 7, 2013
Kek Cawan Tema Fashionista
Assalamualaikum & Good Monday Semua :-)
Alhamdulillah cuaca kelihatan baik hari ini setelah hujan berturut-turut di Kuala Lumpur minggu lepas. Saya yakin ramai pembuat kek, terutama yang perlu berurusan dengan fondan tidak gemar cuaca hujan dan lembab.
Hal yang paling mencabar untuk newbie macam saya adalah cuba mendapatkan texture yang betul untuk fondan dan pes gam agar ia tidak terlalu kering atau terlalu lembik semasa cuaca lembab. Saya tidak mempunyai kemudahan penghawa dingin, maka saya perlu menyesuaikan texture fondan saya dengan keadaan cuaca semasa. Penguasaan pengetahuan ini hanya akan kita miliki melalui pengalaman. Seorang guru fondan boleh mengajar cara-cara membuat fondan dan memberitahu apa masalah pada fondan tersebut, tetapi hanya dengan latihan berulang kali dan pengalaman sendiri akan memberikan kita cukup penguasaan tentang fondan, dan juga pes gam.
Minggu lepas, alhamdulillah, saya mendapat pelanggan, yakni kawan baik saya sendiri, yang inginkan tema fashionista untuk kek cawan sempena hari jadinya sabtu lepas. Teruja betul saya nak mulakan projek fashionista ini kerana saya tidak pernah membuat tema Fashionista :-) Jangan cakap la berapa buah kasut yang terkorban semasa cuba membuat kasut tumit tinggi, lihat saja gambar di bawah :
Namun, alhamdulillah dapat juga saya siapkan sepasang kasut tumit tinggi walaupun terpaksa mencuba berulang kali. Untuk tema fashionista ini, saya membuat beg tangan, rantai, topi pantai, sedikit make up daaaaaaan beruang yang comel khas untuk tuan punya badan! :-)
Selamat Hari Jadi ke dua puluh dot dot (umur dirahsiakan sebab perempuan sensitif sikit bab usia ni) Suffia! Semoga kamu selamat melahirkan bayi yang comel dan terus bahagia hingga ke akhirat :-)
love,
Serimpi

Subscribe to:
Posts (Atom)