Assalamualaikum :-)
Selamat Pagi Jumaat Semua! Dah lama tak update blog ni... tentu sudah tiada pembaca lagi. InshaAllah mulai hari ini saya akan cuba mengemaskini entri dengan kerap dan berkongsi pelbagai hasil air tangan saya.
Minggu lepas saya berkesempatan menuntut ilmu bersama Pn Yasmin Sanusi untuk mempelajari bagaimana menghasilkan kek perkahwinan, figurine, dan kek hantaran beg tangan. Banyak yang saya pelajari daripada kak Min, orangnya pun ramah dan baik. Di bawah adalah gambar-gambar kek hasil latihan bersama kak Min :-)
Fondant Wedding Cake, atau Kek Perkahwinan Berfondan.
Nampak macam mudahkan? Dalam kelas ini, Kak Min mengajar bagaimana membuat fondan daripada sifar, yakni dari bahan-bahan asas. Kemudian barulah pelajar akan belajar bagaimana membuat reben, kain hiasan tepi, skirting di bawah kek, bunga ros serta daun daripada fondan.
Fondant Figurine, atau Patung Fondan.
Dalam kelas ni kak Min mengajar teknik-teknik membuat patung haiwan dan manusia daripada fondan. Tak payah banyak cakap, tengok la sendiri hasil dia melalui gambar di atas ;-p mungkin belum sempurna, InshaAllah akan disempurnakan melalui latihan-latihan yang kerap :-)
Dan terakhir adalah, Fondant Handbag, atau Fondan Beg Tangan.
Oh, di dalamnya Kak Min menggunakan kek betul, dan sampai ke hari ini saya belum memotong kek ini sebab sayang nak makan! Kek Patung Fondan dan Kek Perkahwinan cuma menggunakan polyfoam, jadi boleh digunakan untuk hiasan atau kenangan sendiri :-)
Sesiapa yang berminat nak menyertai kelas ini, boleh lawati blog Kak Yasmin Sanusi di
Sehingga entri yang berikutnya, see you!
love,
Serimpi
No comments:
Post a Comment